BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 13, 2012

Bila Pres Bicara: SEDAR @ TIDAK



Sedar @ Tidak...
manusia semakin leka dengan kehidupan yang semntara ini...

Sedar @ Tidak...
Kita hidup di dunia in semakin singkat...

Sedar @ Tidak...
Manusia semakin lalai kerana terdorong oleh NAFSU buas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini..

Sedar @ Tidak...
Islam kini juga berpotensi tinggal hanya pada nama... tidak pada pegangan dan juga amalan... kerana Insan yang berilmu tunduk & kalah pada pujukan NAFSU...

Sedar @ Tidak...
Manusia semakin menuju ke arah lembah kehinaan...

Kadang2... kita sering bertanya kenapa Allah jadikan kehidupan manusia yang sementara ini penuh dengan nikmat duniawi...

Dalam masa yang sama manusia harus berfikir secara rasional sebagai khalifah dibumi Allah mengenai tanggungjawab dan batas2 pegangan dan amalan yang merentasi setiap umat Muhammad...

BAGI insan2 yang menghayati nikmat keislaman yang Allah anugerahkan apabila dilahirkan sebagai islam... ia pasti akan tunduk dan merasakan seribu penyesalan serta keinsafan diatas kehilangan, kealpaan, dan kesilapan lalu...

TETAPI bagI insan2 yang jahil, masih melakukan maksiat dan kemungkaran, insyaAllah suatu hari nanti akan mendapat petunjuk sebaiknya...JIKA TIDAK ia akan terus menghancurkan diri sendiri dan menuju kearah neraka ALLAH...

KETAHUILAH begitu bertuahnya kita apabila dilahirkan sebagai umat Islam...
menjadikan diri sebaik Rasulullah adalah anugerah paling indah...
dan apabila memelihara diri sebaik Saidatina Khadijah...

Alhamdulillah...
Tetapi sejauhmanakan kita manusia tidak terhasut dengan tipu daya iblis dan syaitan yang telah berjanji pada Allah akan menyesatkan umat Nabi Adam A.S.

Muhasabahlah diri.....renungkan kembali.....

Thursday, April 12, 2012

Abe Minta Maaf.... Abe Sedar Diri


Dalam hidup ni, Kita perlu SEDAR diri, Abe perlu SEDAR diri...
SEDAR kedudukan diri,
SEDAR kelemahan diri,
SEDAR kekhilafan diri...


SEDAR sejauhmana Abe menghargai orang, sejauhmana orang menghargai Abe;

SEDAR sejauhmana Abe bersahabat dengan orang, sejauhmana orang bersahabat dengan Abe;

SEDAR sejauhmana Abe selalu menyusahkan orang, sejauhmana orang selalu bersusah untuk Abe;

SEDAR diri sejauhmana kekhilafan Abe, sejauhmana orang yang Abe tegur khilafnya;

SEDAR sejauhmana keikhlasan hati Abe, sejauhmana keikhlasan hati sahabat Abe;

SEDAR sejauhmana Abe mempergunakan orang, sejauhmana Abe dipergunakan orang;

SEDAR sejauhmana Abe mahukan perubahan untuk diri Abe, sejauhmana orang menilai perubahan Abe...


InsyaALLAH, Abe SEDAR diri...
InsyaALLAH, InsyaALLAH, InsyaALLAH


Abe akan baiki khilaf diri, Abe akan baiki kelemahan diri, Abe akan baiki kekurangan diri, Abe akan halakan diri ke HALA yang sebolehnya tidak akan menyusahkan orang...

InsyaALLAH, Abe SEDAR diri...
InsyaALLAH, InsyaALLAH, InsyaALLAH

Tuesday, April 10, 2012

Bila Pres Bicara: Kecantikan & Ketampanan


Kecantikan & ketampanan hanya pemberian… hanya pinjaman yang tidak akan memberi pengaruh di dalam alam keabadian.

Cuba lihat Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yang hitam, lihat pula Amr bin Jamuh dengan kakinya yang pincang, lihatlah juga Abdullah bin Ummi Maktum dengan buta penglihatan.

Tiada apa yg boleh dibangga dgn kecantikan & ketampanan kalau ianya bukan dr neraca Allah SWT

Monday, April 9, 2012

I Love U


A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z.
Org yg mencipta ''A'' ke ''Z'' nie mmg hebat..
Tapi dia tersilap kerana telah memisahkan ''I'' jaoh dri ''U''...
Sebab tu la ''I'' selalu rindu kat ''U'' ! :)

Kamu, Nur Asmawani.....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah. Maka dengan sebab itu, DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...............

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing antara lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat..



Diriwayatkan bahawa seorang tukang sapu terpesona kepada jirannya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di tempat lain. Si tukang sapu lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berjaya menjumpai jirannya itu.

Si tukang sapu lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati ORAL seks. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang sapu itu merasa bersalah. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata," Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang sapu itu sampai dia tiba di rumahnya.

Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang sapu tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Sunday, April 8, 2012

Tetamu? Keutamaan Abe...


Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam silaturrahim buat semua Sahabat-Sahabat Abe ini. Terima kasih kerana dirimu cukup setia Mentaati Suruhan ALLAH. Tiada kata indah yang dapat Abe ucapkan hanyalah “berterima kasih” kerana sudi membaca hasil Nukilan Abe walaupun tak seberapa namun dirimu tetap menjadi sahabat setia Abe selama ini.

Pada malam yang damai ini, terdetik dihati Abe ingin berbicara sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang pandang remeh tentang satu hal yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Oleh itu, bicara pada malam ini adalah berhubung dengan akhlak dan adab kita ketika melayan tetamu sama ada tetamu itu di rumah, di pejabat dan sebagainya.

“Adakah sebelum ini Abe melayan tetamu-tetamu yang hadir ke rumah Abe dengan baik?”.

“Adakah Abe mengikuti adab-adabnya sepertimana yang dianjurkan oleh agama Abe, Agama Islam?”

Inilah persoalan yang timbul dibenak fikiran Abe ketika ini. Mungkin juga dirimu berfikir persoalan yang sama.

Justeru itu, pada kesempatan ini Abe memohon ampun dan maaf kepada mereka yang pernah bertamu ke rumah Abe seandainya layanan dan sambutan kehadiranmu sebelum ini kurang memuaskan hati dan andainya terguris perasaan.

Dengan demikian, Abe tuliskan bicara ini adalah sebagai usaha ke arah memperbaiki diri Abe, dirimu dan kita semua agar segala sesuatu yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita mengikuti akhlak dan adab yang telah diajar oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW serta mengamalkannya.

Makanya terimalah bicara Abe yang berjudul : Adab Memuliakan Tetamu. (Sabda Rasululah S.A.W)

Tetamu ialah orang yang datang menziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab.

Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :

Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
Wajib menutup aurat.
Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.

Itulah sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :

Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.

Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :

Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
Mendapat dosa.
Merenggangkan hubungan silaturrahim.
Tidak dihormati oleh masyarakat.
Menimbulkan fitnah.

Dengan bicara ringkas pada malam berunsur pagi ini, harapan Abe agar ia dapat menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Untuk diri Abe, dirimu dan kita semua. Semoga kehidupan kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Ya Allah…Kami hamba-MU yang lemah lagi daif, ampunilah segala dosa-dosa kami…Kami juga memohon kepada-MU agar ENGKAU kurniakan kepada kami akhlak yang baik sepertimana akhlak para nabi dan para sahabat serta kekasih-MU Ya Allah…Tuhan Semesta Alam….Amin.

Wallahu a’lam.

Classic LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis