BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 9, 2012

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat..



Diriwayatkan bahawa seorang tukang sapu terpesona kepada jirannya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di tempat lain. Si tukang sapu lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berjaya menjumpai jirannya itu.

Si tukang sapu lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati ORAL seks. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang sapu itu merasa bersalah. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata," Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang sapu itu sampai dia tiba di rumahnya.

Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang sapu tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

No comments:

Classic LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis