BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 3, 2012

Jom Undi Ben Ashaari

Salam, Jom Undi Ben Ashaari


Sekadar membantu dan meminta jasabaik rakan-rakan yang sudi mengundi Sahabat Saya Ben Ashaari. Sekadar memberikan sokongan...

Sila 'Klik' dan ikut sahaja arahan yang terkandung di situ... Klik http://bit.ly/JiGSp6 dan Klik VOTE NOW...

Terima kasih di atas "Keikhlasan Anda Semua, Jasamu Dikenang"...

~ Saya Budak Baru Belajar ~



Tuesday, May 1, 2012

Sarawak, check in sudaaaa...

Alhamdulillah, Abe da selamat sampai di Sarawak ni... Smlm cuaca teruk sgt, ujan lebat.

Flight pun landing smpai ter'slide' sikit, kecut perut... Semua org panik.

Pastu bila sampao Hotel, Abe pulak terus LANDING, hehehhe. Sekian :)

Monday, April 30, 2012

I'm Exhausted...





Salam, sekarang ni baru Abe berpeluang jenguk singgah jap ke sini...

Bangun utk solat jap, sambung beradu pulak...

Selamat Berehat Abe, hehehehe

Saturday, April 28, 2012

Kuning...


 

" Org yang hadir dan melihat.. Sangat berbeza percakapan dengan orang yang hanya mendengar.. Lagi teruk, bilamana cerita yang didengar itu.. Dicakapkan oleh orang-orang yang fasiq.. "

credit to Mohd Farid Ismail

The Avengers 3D?, uwaaaaaa :'(


The Avengers? Best x citer tu? huhuhu, tak tahu... Kwn2 Abe yg dah tgk citer tu sume ckp citer tu Best... Ben Ashaari pun ckp Citer tu best...

Abe xsempat tgk lagi, smlm da beli tiket tp xdpt tgk jugak... tiket 3D lagi tuuuuuu, RM18.50 burn sesaje.

Sebenarnya ada hikmah jugak tak dpt tgk smlm, bayangkan, movie start kul 6:15pm, kul berapa abis movie? kira sendiri la.... (Mahgrib kompem terlepas), mana penting Solat Maghrib berbanding ngn The Avengers 3D?
Jawapannya, SOLAT MAGHRIB

Ape yg Abe ley buat, tgk la lain kali The Avengers tu... Sekian

~ Saya Budak Baru Belajar ~

Sarawak Oh Sarawak!! I'm Coming For U...



Salam. Pres dpt job lagi untuk ke Sarawak... 1-7Hb 5 ni...
Seronok tu memanglah seronok, tapi............................ tapi takpe lah, kerja kan... hehehheehe. Gi jelah, lagipun dah lama dah Pres tak menjenguk Sarawak...

Nak beli ape ek kat sana? huhhhuhuhu, persoalan yang Pres tah tahu nak jawab lagi... Minggu depan baru Pres ada jawapannya... :) Sarawak, I'm Coming For U

~ Nak Kirim Pe2 X? ~

Thursday, April 26, 2012

Si Itcha suka merajuk...

Salam. Dah makin besar dah Itcha yg Pres bela. Makin nakal dah pun. Macam-macam perangai dia buat, huhuhuhu. Itcha nak ape ek? Agak-agaknya? hehhehehehheh..... Biarlah, xdan lagi nak cari jodoh untuk Itcha :) Hobi Itcha, merajuk... mcm Pres jugak...

Saturday, April 21, 2012

Teater Makyung Endeng Tejeli

Alhamdulillah, tamat sudah Persembahan Teater Tradisional Makyung 2012, Endeng Tejeli. Tahniah pada Mad (Endeng Tejeli) & Mie (Raja Sulung). Tahniah & Terima Kasih sb ajak Abe tgk 'LiVe'..... jgn lupe ajak lg kalu ada Show lg ye :)

Monday, April 16, 2012

Proton Prevé?



Pres Bicara Lagi...

Smlm Pres baru berkesempatan pergi tgk Proton Prevé dkt Presint 15. Pada Pres, cantik jugak la. Luas, tegap & sofistikated. Beli? Xmungkin kot buat masa ni. Fuel? Xtau lg jimat minyak @ tak? Tunggu tengok nanti la dlm paper tentang komen org yang pakai. Komen orang yang test drive pun akan berlambak nanti

Sunday, April 15, 2012

Bersalahkah Aku?



Tak tahu la apa yang sedang terjadi... Tak faham apa tyang berlaku ni... Konfius

Sudah berhari-hari, aku tak memahami dia. Sejak hari itu...

Hari itu,
Aku kira, bahasa aku kurang sopan.
Aku fikir, mungkin ada yang sudah tahu.
Aku mengaku, tidak selesa.

Hari itu,
Aku mungkin meninggi kata.
Tidak ada senyum di bibir.
Ya, aku mahu tamatkan kecelaruan.

Gurauku disalah tafsir?
Aku bergurau semata-mata sebagai sedekah, bukan tanda aku jahat.
Nada suara mengelirukan?
Suara aku rendahkan kerana hormat dia, sebagai seorang ________.

Mungkin salah itu datang dari aku.
Sepatutnya dari awal, aku tak perlu bergurau.
Jangan bertanya atau membalas kalau ditanya.
Tak payah melihat wajah seseorang untuk berbicara.
Mungkin.

Aku tidak tahu sama ada aku bersalah. Tak pernah pun aku cerita pada sesiapa.
Hal ini, aku simpan sendiri. Aku tak mahu sampai ke pengetahuan pihak keluarga. Tindakan hanya akan aku ambil sekiranya akal aku melangkaui batasan.

Memang, dia terlalu mengambil berat. Bukan satu, dua tapi berkali-kali. Di mana-mana dan bila-bila masa, aku dipanggil dengan gelaran...
Sayang... pokcik... Abe

Ya, dia buat aku malu. Sb aku selalu mengendahkannya... tak berniat @ pernah terdetik di hati nak mengguris hatinya. Aku terlalu sayangkan dia. Kenapa aku jd begini? kenapa? Mungkin sb terlalu sibuk agaknya...

Mungkin...
dia bukan seiman, fikirnya itu bukanlah satu kesalahan?
bukan sekaum, ia dianggap satu kebiasaan?
Maaf, itu bukan cara aku.

Mungkin, dia benar-benar sudah pergi jauh. dia sepi tanpa berita. Aku pun da naik takut untuk menyapa, bukan apa, takut mengguris hatinya semula. takut mengguris hatinya lagi...

Namun, aku juga tidak menafikan rasa ingin tahu.
Kenapa dia berubah begitu?
Kenapa aku berubah begini?
Adakah seseorang sudah tahu?
Atau adakah dia telah dikenakan hukum?

Sekarang, kapala aku tidak henti menyoal...

Bersalahkah aku? Ya, aku MEMANG BERSALAH DALAM HAL INI...

Bilamana Mata 'Blackout' Semula....






Inilah apa yg berlaku, huhuhu. Gambar diambil pd malam tu, slps balik drp Surau Al Fateh.


Kejadian ni berlaku lagi 11hb April lepas. Berlaku tghari tetiba je masa Abe baru je nk gerak balik ke Putrajaya. Drive kete, tetiba je Jantung berdebar-debar semula. Rasa dah semacam dah, terus pk baca je apa yang tahu, apa yang patut. Teruskan perjalanan dan tetiba mata 'Blackout' semula masa tgh 'driving'. Terus berenti paut stering ke tepi terlanggar 'divider' lagi. Ngucap panjang & bersyukur sgt sb xde kereta di belakang. Hasilnya, tgk sendiri lah...

Apa-apapun, bersyukur pada ALLAH SWT sb masih lg diberikan kesempatan untuk hidup.

Kejadian ni xabih sini je. Pada lps Maghrib hari yg sama juga, kena pulak sekali lagi. Masa tu dah berada di rumah dah, di Putrajaya. Baru lepas mandi, tetiba mata 'blackout' lagi dan jantung berdegup kencang... Terus cepat-cepat amik air semayang & terus tahan diri turun ke Surau Al Fateh, Presint 15. Harapan, agar dapat berdoa dan mohon keberkatan doa & sembahyang berjemaah agar 'Si Pelaku' dibukakan HATI untuk insaf. InsyaALLAH sentiasa akan terus berdoa, doa dan berdoa.

Bila Abe fikir balik, rupanya kejadian yang berlaku ni ada perkaitannya dengan sesuatu yang memang Abe dah sedia tahu terjadi pada hari tersebut. Cuma kali ni, Abe tidak bertanyakan kepada dia betul ke tak apa yang berlaku. Abe senyap je dan pura-pura buat tak tahu...

Buat-buat macam biasa walaupun dalam HATI penuh dengan risau... Dua kejadian berlaku dalam dua keadaan pada satu hari yang sama. Nauzubillah...

Saturday, April 14, 2012

Bakpo Ore Puey Suko Ngaju


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Nukilan Manusia Malas Sembahyang



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

6 Azab di dunia Bagi Yg Meninggalkan Solat

1- Dihilangkan keberkatan umurnya maka susah la hidupnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya dgn amat keras dan menyakitkan

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat

1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.


Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat 14)

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg meninggalkan solat dengan sengaja sesungguhnya telah kufurlah dia dengan terang-terangan. (H.R. Tirmidzi)

Friday, April 13, 2012

Sabar...



Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. (Sayidina Ali bin Abi Thalib)

Bila Pres Bicara: SEDAR @ TIDAK



Sedar @ Tidak...
manusia semakin leka dengan kehidupan yang semntara ini...

Sedar @ Tidak...
Kita hidup di dunia in semakin singkat...

Sedar @ Tidak...
Manusia semakin lalai kerana terdorong oleh NAFSU buas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini..

Sedar @ Tidak...
Islam kini juga berpotensi tinggal hanya pada nama... tidak pada pegangan dan juga amalan... kerana Insan yang berilmu tunduk & kalah pada pujukan NAFSU...

Sedar @ Tidak...
Manusia semakin menuju ke arah lembah kehinaan...

Kadang2... kita sering bertanya kenapa Allah jadikan kehidupan manusia yang sementara ini penuh dengan nikmat duniawi...

Dalam masa yang sama manusia harus berfikir secara rasional sebagai khalifah dibumi Allah mengenai tanggungjawab dan batas2 pegangan dan amalan yang merentasi setiap umat Muhammad...

BAGI insan2 yang menghayati nikmat keislaman yang Allah anugerahkan apabila dilahirkan sebagai islam... ia pasti akan tunduk dan merasakan seribu penyesalan serta keinsafan diatas kehilangan, kealpaan, dan kesilapan lalu...

TETAPI bagI insan2 yang jahil, masih melakukan maksiat dan kemungkaran, insyaAllah suatu hari nanti akan mendapat petunjuk sebaiknya...JIKA TIDAK ia akan terus menghancurkan diri sendiri dan menuju kearah neraka ALLAH...

KETAHUILAH begitu bertuahnya kita apabila dilahirkan sebagai umat Islam...
menjadikan diri sebaik Rasulullah adalah anugerah paling indah...
dan apabila memelihara diri sebaik Saidatina Khadijah...

Alhamdulillah...
Tetapi sejauhmanakan kita manusia tidak terhasut dengan tipu daya iblis dan syaitan yang telah berjanji pada Allah akan menyesatkan umat Nabi Adam A.S.

Muhasabahlah diri.....renungkan kembali.....

Thursday, April 12, 2012

Abe Minta Maaf.... Abe Sedar Diri


Dalam hidup ni, Kita perlu SEDAR diri, Abe perlu SEDAR diri...
SEDAR kedudukan diri,
SEDAR kelemahan diri,
SEDAR kekhilafan diri...


SEDAR sejauhmana Abe menghargai orang, sejauhmana orang menghargai Abe;

SEDAR sejauhmana Abe bersahabat dengan orang, sejauhmana orang bersahabat dengan Abe;

SEDAR sejauhmana Abe selalu menyusahkan orang, sejauhmana orang selalu bersusah untuk Abe;

SEDAR diri sejauhmana kekhilafan Abe, sejauhmana orang yang Abe tegur khilafnya;

SEDAR sejauhmana keikhlasan hati Abe, sejauhmana keikhlasan hati sahabat Abe;

SEDAR sejauhmana Abe mempergunakan orang, sejauhmana Abe dipergunakan orang;

SEDAR sejauhmana Abe mahukan perubahan untuk diri Abe, sejauhmana orang menilai perubahan Abe...


InsyaALLAH, Abe SEDAR diri...
InsyaALLAH, InsyaALLAH, InsyaALLAH


Abe akan baiki khilaf diri, Abe akan baiki kelemahan diri, Abe akan baiki kekurangan diri, Abe akan halakan diri ke HALA yang sebolehnya tidak akan menyusahkan orang...

InsyaALLAH, Abe SEDAR diri...
InsyaALLAH, InsyaALLAH, InsyaALLAH

Tuesday, April 10, 2012

Bila Pres Bicara: Kecantikan & Ketampanan


Kecantikan & ketampanan hanya pemberian… hanya pinjaman yang tidak akan memberi pengaruh di dalam alam keabadian.

Cuba lihat Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yang hitam, lihat pula Amr bin Jamuh dengan kakinya yang pincang, lihatlah juga Abdullah bin Ummi Maktum dengan buta penglihatan.

Tiada apa yg boleh dibangga dgn kecantikan & ketampanan kalau ianya bukan dr neraca Allah SWT

Monday, April 9, 2012

I Love U


A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z.
Org yg mencipta ''A'' ke ''Z'' nie mmg hebat..
Tapi dia tersilap kerana telah memisahkan ''I'' jaoh dri ''U''...
Sebab tu la ''I'' selalu rindu kat ''U'' ! :)

Kamu, Nur Asmawani.....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah. Maka dengan sebab itu, DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...............

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing antara lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat..



Diriwayatkan bahawa seorang tukang sapu terpesona kepada jirannya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di tempat lain. Si tukang sapu lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berjaya menjumpai jirannya itu.

Si tukang sapu lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati ORAL seks. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang sapu itu merasa bersalah. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata," Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang sapu itu sampai dia tiba di rumahnya.

Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang sapu tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Sunday, April 8, 2012

Tetamu? Keutamaan Abe...


Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam silaturrahim buat semua Sahabat-Sahabat Abe ini. Terima kasih kerana dirimu cukup setia Mentaati Suruhan ALLAH. Tiada kata indah yang dapat Abe ucapkan hanyalah “berterima kasih” kerana sudi membaca hasil Nukilan Abe walaupun tak seberapa namun dirimu tetap menjadi sahabat setia Abe selama ini.

Pada malam yang damai ini, terdetik dihati Abe ingin berbicara sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang pandang remeh tentang satu hal yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Oleh itu, bicara pada malam ini adalah berhubung dengan akhlak dan adab kita ketika melayan tetamu sama ada tetamu itu di rumah, di pejabat dan sebagainya.

“Adakah sebelum ini Abe melayan tetamu-tetamu yang hadir ke rumah Abe dengan baik?”.

“Adakah Abe mengikuti adab-adabnya sepertimana yang dianjurkan oleh agama Abe, Agama Islam?”

Inilah persoalan yang timbul dibenak fikiran Abe ketika ini. Mungkin juga dirimu berfikir persoalan yang sama.

Justeru itu, pada kesempatan ini Abe memohon ampun dan maaf kepada mereka yang pernah bertamu ke rumah Abe seandainya layanan dan sambutan kehadiranmu sebelum ini kurang memuaskan hati dan andainya terguris perasaan.

Dengan demikian, Abe tuliskan bicara ini adalah sebagai usaha ke arah memperbaiki diri Abe, dirimu dan kita semua agar segala sesuatu yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita mengikuti akhlak dan adab yang telah diajar oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW serta mengamalkannya.

Makanya terimalah bicara Abe yang berjudul : Adab Memuliakan Tetamu. (Sabda Rasululah S.A.W)

Tetamu ialah orang yang datang menziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab.

Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :

Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
Wajib menutup aurat.
Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.

Itulah sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :

Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.

Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :

Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
Mendapat dosa.
Merenggangkan hubungan silaturrahim.
Tidak dihormati oleh masyarakat.
Menimbulkan fitnah.

Dengan bicara ringkas pada malam berunsur pagi ini, harapan Abe agar ia dapat menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Untuk diri Abe, dirimu dan kita semua. Semoga kehidupan kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Ya Allah…Kami hamba-MU yang lemah lagi daif, ampunilah segala dosa-dosa kami…Kami juga memohon kepada-MU agar ENGKAU kurniakan kepada kami akhlak yang baik sepertimana akhlak para nabi dan para sahabat serta kekasih-MU Ya Allah…Tuhan Semesta Alam….Amin.

Wallahu a’lam.

86's

Tuesday, April 3, 2012

Muhammad Qhaliff Iman


Alhamdulillah, rini Pres dapat dukung Baby Ben Jr. Azam utk diri sendiri nanti, amik berkat baby :P

Friday, March 16, 2012

Classic LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis